Selasa, 11 Mei 2010

Bola Tampar atau bola penampar?

Aku pada mulanya tak terlibat langsung dalam sukan bola tampar kerana kecenderungan aku lebih kepada Badminton..Segalanya bermula apabila cikgu sekolah menengah sedang mencari pemain bola tampar yang boleh spike...so aku cuba menawarkan diri dan secara tak sengaja aku dipilih kerana kepanjangan aku melompat dan menampar bola..
Dan bermula pada usia 15 tahun minat pada bola tampar terus mekar dan ia adalah sukan kedua selain badminton..
Bukan aku tak mahu main badminton lagi tapi sejak aku selalu smash n raket patah terus 'berehat' sekejap kerana raket kena beli baru..
Baru-baru ini, syarikat aku ada buat sukan antara jabatan dan aku sekali lagi bermain dalam sukan kegemaran itu.
Sejak aku masuk ke syarikat itu tahun 2002, aku rasa sudah tiga kali aku main bola tampar..memang seronok..bila dapat timing nak spike..aku spike sekuat hati..sama ada sangkut dekat jaring atau terlepas ke gelanggang lawan aku tak kisah janji aku tampar bola tu..
Sudah dua kali training bersama rakan-rakan dan bos aku....nak dapat balik langkah kerana permainan ini memerlukan kemahiran yang tinggi (padahal aku bermain taraf amatur jer)....



MahFairuz:Majulah sukan untuk syarikat...

2 ulasan:

soleh solehah berkata...

salam, aku suka blog sosial macam ni dan tak suka blog politik. Sebab blog politik asyik mengata, mengumpat orang je. (walaupun boleh dapat RM4 juta, nak buat apa)

Teruskan bro... aku akan kerap ke sini membacanya.

p/s: hias lagi dgn macam teknik blog baru cantek..

Mohd Fairuz Yusof berkata...

Terima kasih bro..sekarang nie masih dalam proses untuk menghiaskan lagi blog nie nampak lagi vogue..hehhehhee