Isnin, 17 Mei 2010

Kurang darah dalam badan..

Terlebih dahulu aku minta maaf kepada pembaca kerana tak update blog nie sejak Khamis lepas..aku alami kurang darah dalam badan..Start hari Khamis aku dah pening-pening..Sebelum pergi ke asigment aku dah muntah..yang peliknya muntah aku tue keluar warna hitam..mungkin aku makan telur setengah masak dengan kicap..
 Balik dari Asigment aku da pening-pening..terus terlentok jap kat opis..Tak tunggu lama aku balik rumah..Jumaat tue pula masa aku mandikan anak aku, pening aku lg bertambah..macam nak pitam..terus aku call wife aku minta dia balik...Bila jumpa doktor, doktor kata kurang darah dalam badan! terkejut aku..tak pernah aku kena...mungkin disebabkan latihan bola tampar ari tue darah aku kurang...tapi menurut member aku kena pergi check gak sebab taku kena anaemia atau talesmia..Jenuh juga la makan makanan yang tambah darah sampai aku pening hehehehehe..
 Mengenai penyakit tue aku jumpa satu blog berkaitan kurang dalam badan nie..aku copy di sini..

Masalah kurang darah atau anaemia kerap berlaku di kalangan wanita, kanak-kanak dan juga orang dewasa khususnya meraka yang tinggal di luar bandar. Mengikut kajian yang dilakukan, kadar kejadian kurang darah (anaemia) di kalangan wanita hamil di kawasan luar bandar ialah dalam lingkungan 60 peratus. Mungkin kadar ini meningkat lagi ke kalangan wanita yang tinggal dikawasan pedalaman yang sosioekonominya rendah. Masalah kurang darah boleh menimbulkan masalah pada wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak. Ini mungkin satu faktor punca kematian ibu.
Pendarahan waktu bersalin adalah punca kematian yang utama di Malaysia. Tumpah darah ini berlaku akibat kekenduran otot-otot rahim terutamanya di kalangan wanita yang terlalu kerap mengandung dan beranak. Begitu juga dengan wanita yang telah lanjut usia ketika melahirkan anak. Jika tumpah darah berlaku di kalangan wanita yang mengalami masalah kurang darah sudah tentulah ketahanan badannya lemah. Ini boleh menyebabkan maut. Wanita yang tahap darahnya tinggi ataupun normal jika mengalami masalah tumpah darah, masalahnya dapat diatasi tanpa menemui ajal.
Banyak perkara yang menjadi punca masalah kurang darah di kalangan wanita. Antaranya pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan kekurangan kandungan zat vitamin dan zat logam khususnya besi. Masalah ini juga berlaku kerana kehamilan dan kelahiran yang terlalu kerap dan tidak disusun dengan betul. Begitu juga dengan penyakit seperti cacing kerawit (hookworm) atau malaria yang masih berlaku di kalangan penduduk pedalaman. Supaya pembaca lebih faham, saya ingin menghuraikan dengan lebih panjang mengenai sebab terjadinya penyakit kurang darah ini. Untuk membina darah kita memerlukan sumber makanan yang penting khususnya zat protein yang didapati daripada makanan seperti daging, ayam, ikan, sayur dan biji-bijian. Zat logam khususnya besi sangat penting uintuk pembinaan darah. Ini boleh diperolehi dalam makanan seperti sayur-sayuran, ikan, hati atau limpa. Jika seseorang wanita tidak dapat sumber makanan yang diperlukan untuk membina darah, sudah pasti dia akan mengalami masalah kurang darah. Masalah kekurangan sumber zat makanan berpunca daripada banyak faktor. Kemiskinan sesuatu keluarga menyebabkan mereka tidak mampu membeli makanan yang berzat untuk membina darah.
Faktor ini tidak semestinya menjadi satu alasan bagi kita di Malaysia kerana pada pendapat saya kebanyakan penduduk tidak begitu miskin. Jika miskin di segi kewangan atau harta benda, mereka masih juga mempunyai sebidang tanah di kawasan rumah yang boleh digunakan untuk bercucuk tanam seperti sayur-sayuran.
Untuk mencapai tujuan ini, penduduk khususnya kaum wanita perlu disedarkan, bagaimana pentingnya zat pemakanan bagi membina darah. Program pendidikan yang boleh menimbulkan kesedaran pentingnya pemakanan dalam kehidupan sehari-harian menerusi media cetak dan media elektronik, hanya sampai kepada orang terpelajar sahaja sedangkan mereka yang menjadi sasaran khususnya penduduk di kawasan pedalaman yang kerap mengalami masalah ini juga tidak mendapat mesejnya. Masalah pemakanan ini juga berpunca daripada pemilihan dan tabiat makan serta cara menyediakan makanan. Sesetengah orang tidak tahu memilih makanan yang mengandungi zat vitamin, manakala sesetengahnya pula disebabkan tabiat mereka. Makanan yang dipilih hanyalah yang kaya dengan zat protein dan zat logam tidak diutamakan langsung. Begitu juga dengan cara menyediakan makanan yang tidak betul boleh merosakkan beberapa jenis vitamin yang terkandung di dalamnya. Masalah kurang darah juga berpunca daripada kehamilan serta kelahiran yang kerap dan tidak teratur. Setiap kali seseorang wanita itu hamil dan melahirkan anak dia akan kehilangan darah. Kehilangan ini berlaku kerana bayi perlu membina darahnya sendiri. Tumpah darah juga tidak boleh dielakkan ketika seseorang itu bersalin. Kehilangan darah ini perlu diatasi selepas bersalin. Oleh itu penting setiap wanita yang sedang dalam proses pemulihan selepas bersalin mendapat sumber makanan yang berzat. Di samping itu perlu baginya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun untuk memberi peluang kepada badannya pulih. Dengan ini badannya dapat membina darah hingga ke tahap normal supaya pada kehamilan yang berikutnya dia tidak akan mengalami masalah berkaitan dengan kekurangan darah. Wanita yang kerap mengalami masalah keguguran juga akan mengalami masalah kehilangan darah. Sebaiknya sebelum hamil seseorang wanita perlu menentukan tahap darahnya normal menerusi ujian menyukat paras hemoglobin.
Masalah kurang darah juga disebabkan oleh beberapa penyakit terutamanya seperti malaria yang masih berlaku di kawasan pedalaman. Kuman malaria biasanya menyerang sel darah menyebabkan sel ini pecah dan musnah. Jika keadaan ini berlaku terus-menerus, sudah tentu pesakit itu akan mengalami masalah kurang darah. Jangkitan cacing yang kerap berlaku di kalangan penduduk di luar bandar khususnya di kalangan kanak-kanak dan wanita juga mempunyai kesan terhadap tahap kesihatan dan paras hemoglobin. Penyakit cacing kerap terdapat di kalangan penduduk di luar bandar khususnya cacing gelang dan cacing kait. Cacing ini boleh merampas makanan ynag dihadamkan dalam perut sebelum zat makanan ini diserapkan ke dalam darah. Dengan ini akan mengganggu tahap kesihatan dan pemakanan.
Cacing kait atau hookworm pula suka mencangkukkan dirinya pada dinding usus dan kemudianya berpindah ke tempat lain. Tempat yang telah ditinggalkannya itu akan berdarah. Jika beribu-ribu cacing ini berbuat demikian, nescaya seseorang yang dijangkiti cacing ini akan mengalami kehilangan banyak darah.
Biasanya, jika masalah kurang darah hanya sedikit, mungkin tidak ada sebarang tanda. Kekurangan darah itu hanya boleh dikesan setelah menjalani ujian hemoglobin ketika dia membuat pemeriksaan kehamilannya di klinik. Jika darahnya sangat berkurangan wanita itu kelihatan pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya. Jika dia membuat sesuatu pekerjaan yang memerlukan tenaga, wanita ini mungkin mengalami kesesakan nafas.
Selain daripada kematian akibat tumpah darah, masalah kurang darah yang teruk juga boleh membebankan jantung wanita. Ini boleh menyebabkan berlakunya lemah jantung. Dalam keadaan sederhana atau ringan, ibu yang sarat mengandung hanya akan mengalami rasa letih lesu serta kurang bertenaga.
Kesan pada bayi juga bergantung kepada tahap kurang darah ini sama ada ringan atau teruk. Jika kekurangan darah hanya sedikit sahaja, ia mungkin tidak membawa sebarang kesan kepada janin yang dikandungnya. Jika ibu dalam keadaan teruk, masalah kurang darah ini boleh menyebabkan beberapa gejala seperti keguguran, kematian jantina dalam rahim, bayi lahir tidak cukup bulan atau tidak cukup timbang beratnya. Akibatnya juga boleh berterusan selepas lahir seperti menjejaskan pertumbuhan otak yang akan memberi kesan perkembangan intelektual bayi.
Masalah kurang darah hanya boleh diatasi setelah kita mengetahui apakah puncanya. Oleh itu saya ingin menegaskan, setiap wanita perlu mendapat sumber pemakanan yang berzat khususnya zat protein, zat vitamin dan logam yang mencukupi. Wanita juga perlu mengurangkan zat karbohidrat. Setiap keluarga juga patut memberi keutamaan dari segi makanan kepada wanita yang sedang hamil. Program untuk menimbulkan kesedaran kepada penduduk luar bandar khususnya kaum wanita betapa pentingnya pemakanan bagi proses penzuriatan perlulah diperluaskan dan diperhebatkan. Tabiat memilih dan cara memasak makanan perlu diubahsuaikan supaya zat pemakanan dan segala vitaminnya dapat dikekal dan distabilkan. Wanita dalam peringkat umur kesuburan perlu digalakkan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang mengandungi vitamin. Wanita dan keluarga juga perlu diberi tunjuk ajar mengenai konsep penyusuan dan menjarakkan kehamilan untuk kesejahteraan dan kesihatan ibu dan bayi. Segala usaha untuk membasmi penyakit cacing dan demam malaria perlu dipertingkatkan. Masalah kecacingan ini boleh diatasi dengan amalan memakan ubat cacing yang sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

Rupanya kes ini hanya berlaku kepada kaum hawa...tapi ia jadi panduan kepada kita supaya stabilkan darah dalam badan.
 
MAHFAIRUZ:masih pening ketika taip artikel ini..

Tiada ulasan: