Sabtu, 14 Ogos 2010

Berbuka puasa diatas padang

Setelah hampir sebulan lebih aku berada di Kuantan nie kehadiran bulan puasa memberi keterujaan pada aku..Dah lama aku tidak berbuka di tempat asigment..hantar story dari sana dan makan ala kadar untuk siapkan tugasan dengan segera..
 Tapi di Kuantan, kehadiran bulan Ramadan mempunyai keunikan tersendiri..iaitu berbuka puasa di padang..bunyi nampak pelik tapi itulah hakikatnya masyarakat di sini yang menjadikan lokasi itu sebagai riadah bersama rakan-rakan dan keluarga.
Ini kerana di sebelah padang tersebut terletak bazar Ramadan yang memudahkan orang ramai membeli juadah berbuka puasa dan membawanya ke padang..
 Aku yang mendengar dan sekadar membaca dalam akhbar tidak ketinggalan mengambil kesempatan itu untuk merasai suasana tersebut..memang meriah!!..macam pesta pun ada..masing-masing datang memilih tempat sesuai untuk berbuka..lebih menarik padang tue berhadapan dengan masjid!!kalau tak pergi lebih berbuka saja lah..hehehhe.
 Budaya di sini memang lain ketika aku pernah bertugas di Johor Bahru dulu..Boleh dikatakan padang menjadi tempat mengukuhkan hubungan sesama rakan dan keluarga..Malah ada diantara mereka mengambil gambar sebagai kenang-kenangan..Di sini aku sertakan beberapa gambar yang diambil Jumaat lalu sebagai tatapan bersama..
MAHFAIRUZ:Berehat sekejap kerana kekenyangan..
Sebahagian warga bandar Kuantan menanti waktu berbuka puasa..


Aku berlatar belakang Masjid Sultan Haji Ahmad Shah..


Golongan remaja turut berbuka puasa di padang..

Cabaran dan keseronokan bertugas di Unit Suplemen

Terlebih dahulu aku memohon maaf kerana hampir sebulan tak update blog nie kerana sedikit sibuk dengan tugas-tugas di Kuantan..maklumlah bila dinaikkan pangkat tugas pun bertambah dan ia tidak menjejaskan minat dan semangat aku untuk terus berbakti di Pahang.
 Seperti yang dijanjikan aku akan menceritakan pengalaman aku bertugas selama 3 setengah tahun di Unit Suplemen Utusan Malaysia..Aku mula bertugas di unit tersebut pada akhir Mac tahun 2007 apabila syarikat menerima tawaran pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk menerbitkan artikel mereka dalam akhbar Utusan Malaysia..
 Pada mulanya hanya satu dua agensi kerajaan tetapi tahun itu menyaksikan kemasukan jumlah sisipan yang luar biasa sehinggakan perlu mewujudkan satu unit baru iaitu Unit Suplemen.
 Unit ini diketuai oleh bos aku iaitu seorang pengarang berita kanan, pengarang berita dan empat reporter dibantu dengan enam artis grafik dalam mereka bentuk sisipan yang dikehendaki oleh client.
 Tugas di unit ini pada mulanya sukar kerana berdepan dengan karenah pelanggan yang mahukan kehendak mereka dipenuhi sedangkan para wartawan telah di didik dengan cara penulisan Utusan..gaduh tue jangan citer ler..mmg perang mulut..tapi akhirnya mereka aku apabila penjelasan terperinci diberikan supaya mereka memahami kehendak gaya penulisan Utusan.
 Selama tiga setengah tahun di unit itu, cabaran paling besar adalah membuat artikel felda dalam sisipan Felda. Bukan ape..Felda adalah sebuah agensi kerajaan dan pengeluar sawit dunia...bekerja dengan agensi itu memang pada mulanya cerewet..cerewet dari segi bahan..bila da siap kena tarik last2 minit..yang bengangnya reporter dan grafik..Sampaikan aku bersama rakan2 reporter lain pernah bergaduh ngan grafik..tapi kami gaduh tak lama lepas tue bole sembang macam biasa dan bekerja seperti biasa..Tapi kami keje sebagai satu pasukan..tiada masam muka...bila gaduh tue abis kat situ jer...hari lain keje macam biasa..itulah kekuatan unit suplemen kerana kami bekerja macam keluarga...cuba cari mana keluarga yang tak penah bergaduh boleh jadi erat hubungan sesama mereka..tentu tak ada kan.
  So pada awal Mei lalu, aku telah dipanggil oleh bos untuk ditukarkan ke Kuantan..ada juga perasaan sedih meninggalkan unit ini tapi demi memenuhi tanggungjawab baru aku terus melangkah ke Pahang..Kawan-kawan di suplemen jangan risau..anda telah mengubah kerekter dan kerja saya dengan lebih mantap dan bersemangat di sini..Terima kasih kepada bos-bos dan rakan-rakan yang bertungkus lumus dan bekerja sebagai satu pasukan sehingga unit kita telah menjadi salah satu pendapatan kepada syarikat...
MAHFAIRUZ:Teringat bila bergaduh ngan client sampai ditinggalkan oleh bos dia sendiri huhuhuh