Sabtu, 14 Ogos 2010

Berbuka puasa diatas padang

Setelah hampir sebulan lebih aku berada di Kuantan nie kehadiran bulan puasa memberi keterujaan pada aku..Dah lama aku tidak berbuka di tempat asigment..hantar story dari sana dan makan ala kadar untuk siapkan tugasan dengan segera..
 Tapi di Kuantan, kehadiran bulan Ramadan mempunyai keunikan tersendiri..iaitu berbuka puasa di padang..bunyi nampak pelik tapi itulah hakikatnya masyarakat di sini yang menjadikan lokasi itu sebagai riadah bersama rakan-rakan dan keluarga.
Ini kerana di sebelah padang tersebut terletak bazar Ramadan yang memudahkan orang ramai membeli juadah berbuka puasa dan membawanya ke padang..
 Aku yang mendengar dan sekadar membaca dalam akhbar tidak ketinggalan mengambil kesempatan itu untuk merasai suasana tersebut..memang meriah!!..macam pesta pun ada..masing-masing datang memilih tempat sesuai untuk berbuka..lebih menarik padang tue berhadapan dengan masjid!!kalau tak pergi lebih berbuka saja lah..hehehhe.
 Budaya di sini memang lain ketika aku pernah bertugas di Johor Bahru dulu..Boleh dikatakan padang menjadi tempat mengukuhkan hubungan sesama rakan dan keluarga..Malah ada diantara mereka mengambil gambar sebagai kenang-kenangan..Di sini aku sertakan beberapa gambar yang diambil Jumaat lalu sebagai tatapan bersama..
MAHFAIRUZ:Berehat sekejap kerana kekenyangan..
Sebahagian warga bandar Kuantan menanti waktu berbuka puasa..


Aku berlatar belakang Masjid Sultan Haji Ahmad Shah..


Golongan remaja turut berbuka puasa di padang..

Tiada ulasan: