Sabtu, 10 Julai 2010

Seminggu menyandang jawatan Penolong Ketua Biro

Alhamdulillah, selepas seminggu aku di Kuantan, aku dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja baru..Walaupun masih blur-blur lagi tapi aku dapati suasana bekerja di sini agak berlainan ketika aku pernah bertugas di Johor Bahru dulu.
 Hari pertama saja ada program UMP bersama media..masa tu aku amik kesempatan berjumpa dengan rakan-rakan media lain bagi memperkenalkan diri sebagai budak baru..Sudah menjadi adat..bila datang ke tempat baru kena perkenalkan diri..kalau tak kenalkan diri nanti dikatakan sombong..tak elok pula nanti hubungan sesama media.
 So hari pertama aku melalui pengalaman pahit apabila skill writing news aku hilang..secara automatiknya migrain aku datang menyerang..apa lagi terkebil-kebil aku ketuk story.. bukan apa sebelum nie tiga setengah tahun aku bertugas di Unit Suplemen atau dengan erti kata lain unit pembekuan (itu anggapan media lain tapi bagi aku unit ini paling best untuk explore semua citer dlm satu organisasi).
 So berada di unit itu cuma wat artikel panjang..hampir seminggu juga aku mencari rentak menulis berita..sampaikan bos-bos KL minta aku perbaiki penulisan dengan cepat..termasuk ketua biro aku supaya aku cepat belajar sebab jawatan penolong ketua biro turut mengedit story reporter..so setiap malam selepas pulang dari opis aku buka paper..baca balik house style Utusan..tengok story..catat mcm ne sesuatu story tue ditulis..Alhamdulillah..hari ke lima  aku telah mendapat rentak hasil bimbingan ketua biro aku sendiri..Aku beritahu pada bos aku, aku hadapi masalah tersebut sebab berkarat kat suplemen..
Namun aku anggap aku masih lagi dalam proses pembelajaran sebab kerja sebagai reporter nie memerlukan ketelitian dari segala isu..Kalau tak macam ne nak jadi wartawan prihatin pada segala isu..huhuhuhu
 OK la..nanti dikesempatan lain akan aku ceritakan bagaimana Unit Suplemen aku berfungsi yang dianggap sebagai Unit Pembekuan..Tetapi di Utusan itulah Unit untuk membuat Duit heheheheh..

MAHFAIRUZ: Layan lagu-lagu Ukays..

Khamis, 1 Julai 2010

Kuantan cabaran baru

Terlebih dahulu aku minta maaf kerana lebih sebulan tidak update blog sebab menjalani proses 'pemulihan' minda sebelum ditukarkan ke Kuantan.
 Bukan apa..selalunya kalau nak berhijrah ke sesuatu tempat tue kena prepare mental dan fizikal kerana kerja di state berlainan dengan di KL.
30 Jun, tepat pukul 5.45 petang aku melepasi tol kuantan menuju ke rumah sewaku yang tak pernah aku lihat..sebabnya aku booking pakai internet..wahhhh macam booking flight Airasia dan MAS lak..hehehehe
 So bila keluar je dari exit kuantan aku pun terus je mengikut direction yg diberikan oleh housemate baru aku..
Jalan punya jalan tup-tup aku tak jumpa dan dengan sendirinya aku mengambil keputusan menuju terus ke pejabat kuantan untuk meminta bantuan rakan menunjukkan jalan ke rumah sewa aku..
Bila da sampai je rumah sewa aku pertama sekali yang paling aku terkejut ialah rumah aku berdepan dengan Hotel siswi sebuah kolej swasta..betul kata housemate aku..duduk rumah tue kena kuat iman..kalau tak bujang lagi kat situ hehehehhe
So malam tue juga aku berkenalan dengan housemate lain..dia pun senasib dengan aku..cuma bezanya dia balik tiap2 minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad..manakala aku lak jadi guard kat umah tue time2 tue..adussss..boringnya...nie kena cari kekawan lain nie...
Lagi  satu, aku telah langgar pantang iaitu pantang rokok..gara-gara tension semalam aku terpaksa hisap dua batang rokok..rasa menyesal pun ada..sebab perut aku nie lum stabil lagi..last2 aku amik keputusan berhenti terus dari menghisap benda alah tue..
 Orait..next keluaran aku akan bincangkan pengalaman pertama di Kuantan..bukan ape hari ini first day masuk keje macam kosong jer...

MAHFAIRUZ: Semangat baru, cabaran baru..