Khamis, 1 Julai 2010

Kuantan cabaran baru

Terlebih dahulu aku minta maaf kerana lebih sebulan tidak update blog sebab menjalani proses 'pemulihan' minda sebelum ditukarkan ke Kuantan.
 Bukan apa..selalunya kalau nak berhijrah ke sesuatu tempat tue kena prepare mental dan fizikal kerana kerja di state berlainan dengan di KL.
30 Jun, tepat pukul 5.45 petang aku melepasi tol kuantan menuju ke rumah sewaku yang tak pernah aku lihat..sebabnya aku booking pakai internet..wahhhh macam booking flight Airasia dan MAS lak..hehehehe
 So bila keluar je dari exit kuantan aku pun terus je mengikut direction yg diberikan oleh housemate baru aku..
Jalan punya jalan tup-tup aku tak jumpa dan dengan sendirinya aku mengambil keputusan menuju terus ke pejabat kuantan untuk meminta bantuan rakan menunjukkan jalan ke rumah sewa aku..
Bila da sampai je rumah sewa aku pertama sekali yang paling aku terkejut ialah rumah aku berdepan dengan Hotel siswi sebuah kolej swasta..betul kata housemate aku..duduk rumah tue kena kuat iman..kalau tak bujang lagi kat situ hehehehhe
So malam tue juga aku berkenalan dengan housemate lain..dia pun senasib dengan aku..cuma bezanya dia balik tiap2 minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad..manakala aku lak jadi guard kat umah tue time2 tue..adussss..boringnya...nie kena cari kekawan lain nie...
Lagi  satu, aku telah langgar pantang iaitu pantang rokok..gara-gara tension semalam aku terpaksa hisap dua batang rokok..rasa menyesal pun ada..sebab perut aku nie lum stabil lagi..last2 aku amik keputusan berhenti terus dari menghisap benda alah tue..
 Orait..next keluaran aku akan bincangkan pengalaman pertama di Kuantan..bukan ape hari ini first day masuk keje macam kosong jer...

MAHFAIRUZ: Semangat baru, cabaran baru..

Tiada ulasan: