Isnin, 31 Mei 2010

Dua pengertian tarikh 1 Jun

Tarikh 1 Jun memberi makna pada diri aku kerana tarikh tersebut mempunyai dua sejarah tersendiri..Sejarah pertama pada 1 Jun 2002, apabila aku bersama 6 lagi rakan memulakan kerjaya aku di Utusan Malaysia..Dikenali sebagai Geng 7 (Sedangkan batch lain dipanggil kumpulan), batch aku nie lain sikit sebab ada yang telah bekerja dalam dunia kewartawanan, kerjaya bidang lain dan aku serta beberapa rakan lain yang masih fresh graduat.
Aku, Haradian Shah, Zabry, Rohani, Wan Najib, Metra dan Opat adalah barisan batch aku yang cemerlang sehingga ke hari ini.
 Haradian bertugas sebagai Ane di Kosmo, Wan Najib-eksekutif di meja ekonomi, Rohani-Eksekutif meja rencana, Zabry-Ketua biro Penang, Metra-wartawan meja am dan journalist terulung Opat menjadi wakil daerah di Sungai Petani.
 Esok genap lapan tahun batch kami berkhidmat di akhbar keramat ini dan masih mampu bertahan sehingga kini sedangkan rakan-rakan lain telah berhijrah ke syarikat lain  atau menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
 Apa pun kami tetap bersama walaupun berdepan segala rintangan dan dugaan untuk mencari rezeki di Utusan ini...

Sejarah kedua pada tarikh sama ialah ulangtahun perkahwinan aku dengan isteri tercinta, Puteri Azizah...Sedar tak sedar sudah tiga tahun aku melayari bahtera bersama isteriku dan dikurniakan seorang cahayamata, Muhamad Amir Hazim...setelah tiga tahun hidup bersama tiba saatnya aku akan berjauhan buat sementara bersama isteriku untuk menyahut tugas di Pahang untuk beberapa tahun..
Pada isteriku, jangan risau abang pergi bertugas untuk mencari rezeki dan demi menyara keluarga kita..

MAHFAIRUZ:Masuk awal hari ini sampai jadi buntu..

Jumaat, 21 Mei 2010

Menahan ketagihan rokok

Selepas keluar hospital, aku diberikan 4 jenis ubat untuk dihabiskan selama sebulan sebelum kembali berjumpa dengan doktor..
 Doktor nasihatkan supaya mengelak makan makanan pedas dan terutama sekali berheni merokok..Pada mulanya aku macam tidak boleh menahan ketagihan apabila keluar dari hospital..Mulanya aku jadi sesak nafas, sakit dada dan menjadi ketagih untuk hisap rokok.
 So pelbagai cara digunakan untuk menghilangkan ketagihan dengan melakukan aktiviti sampingan..
Kini setelah hari keempat aku berjaya menghalang ketagihan...
 Sambil berhenti aku terjumpa satu website menceritakan cara-cara untuk berhenti rokok..
 Selain untuk menjaga kesihatan, keputusan aku berhenti rokok adalah demi kebaikan keluarga aku terutama secomel yang tidak boleh dekat dengan rokok..
Aku tekad aku berjaya melakukannya..

MAHFAIRUZ:Aku berdoa supaya usaha ini berjaya

Khamis, 20 Mei 2010

Tiga Hari Terlantar kerana Ulser Perut..

Bermula Selasa lalu, aku telah dimasukkan ke Wad di sebuah hospital pakar panel syarikat kerana disyaki sel darah merah kurang dan ulser perut..
 Kira-kira pukul 6 petang aku dimasukkan ke wad lily yang mempunyai dua katil...Hari pertama aku tidur sorang sebab belum ada pesakit lain lagi waktu itu...
 Rabu pagi kira-kira pukul 7.30 pagi aku diminta membuat ujian skop untuk melihat sejauh mana luka dalam perut aku dan apabila dia sedang memasukkan skop melalui mulut aku dapat rasakan yang tekak aku disodok dengan benda tajam!!!..abis nampak isi perut n luka yang aku alami..
 Selepas ujian skop itu dilakukan maka tepat pukul 10 malam sesi marathon masukkan darah bermula dalam badan aku..fuh macam nak pecah urat aku apabila dimasuki darah ke dalam tubuh aku...nasib baik cucuk kat urat..kalau tak aku jadi darakula hehehehhee..
 So Hari ini aku secara rasminya keluar dari hospital n pantang utama yang aku perlu hadapi adalah rokok!!! aku kena berenti rokok mulai sekarang jika mahu perutku ini tidak mengalami masalah kemudian hari...so jadi gian aku...ngantuk pun ada..

MAHFAIRUZ: kena belaja sikit2 untuk berenti merokok..

Isnin, 17 Mei 2010

Kurang darah dalam badan..

Terlebih dahulu aku minta maaf kepada pembaca kerana tak update blog nie sejak Khamis lepas..aku alami kurang darah dalam badan..Start hari Khamis aku dah pening-pening..Sebelum pergi ke asigment aku dah muntah..yang peliknya muntah aku tue keluar warna hitam..mungkin aku makan telur setengah masak dengan kicap..
 Balik dari Asigment aku da pening-pening..terus terlentok jap kat opis..Tak tunggu lama aku balik rumah..Jumaat tue pula masa aku mandikan anak aku, pening aku lg bertambah..macam nak pitam..terus aku call wife aku minta dia balik...Bila jumpa doktor, doktor kata kurang darah dalam badan! terkejut aku..tak pernah aku kena...mungkin disebabkan latihan bola tampar ari tue darah aku kurang...tapi menurut member aku kena pergi check gak sebab taku kena anaemia atau talesmia..Jenuh juga la makan makanan yang tambah darah sampai aku pening hehehehehe..
 Mengenai penyakit tue aku jumpa satu blog berkaitan kurang dalam badan nie..aku copy di sini..

Masalah kurang darah atau anaemia kerap berlaku di kalangan wanita, kanak-kanak dan juga orang dewasa khususnya meraka yang tinggal di luar bandar. Mengikut kajian yang dilakukan, kadar kejadian kurang darah (anaemia) di kalangan wanita hamil di kawasan luar bandar ialah dalam lingkungan 60 peratus. Mungkin kadar ini meningkat lagi ke kalangan wanita yang tinggal dikawasan pedalaman yang sosioekonominya rendah. Masalah kurang darah boleh menimbulkan masalah pada wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak. Ini mungkin satu faktor punca kematian ibu.
Pendarahan waktu bersalin adalah punca kematian yang utama di Malaysia. Tumpah darah ini berlaku akibat kekenduran otot-otot rahim terutamanya di kalangan wanita yang terlalu kerap mengandung dan beranak. Begitu juga dengan wanita yang telah lanjut usia ketika melahirkan anak. Jika tumpah darah berlaku di kalangan wanita yang mengalami masalah kurang darah sudah tentulah ketahanan badannya lemah. Ini boleh menyebabkan maut. Wanita yang tahap darahnya tinggi ataupun normal jika mengalami masalah tumpah darah, masalahnya dapat diatasi tanpa menemui ajal.
Banyak perkara yang menjadi punca masalah kurang darah di kalangan wanita. Antaranya pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan kekurangan kandungan zat vitamin dan zat logam khususnya besi. Masalah ini juga berlaku kerana kehamilan dan kelahiran yang terlalu kerap dan tidak disusun dengan betul. Begitu juga dengan penyakit seperti cacing kerawit (hookworm) atau malaria yang masih berlaku di kalangan penduduk pedalaman. Supaya pembaca lebih faham, saya ingin menghuraikan dengan lebih panjang mengenai sebab terjadinya penyakit kurang darah ini. Untuk membina darah kita memerlukan sumber makanan yang penting khususnya zat protein yang didapati daripada makanan seperti daging, ayam, ikan, sayur dan biji-bijian. Zat logam khususnya besi sangat penting uintuk pembinaan darah. Ini boleh diperolehi dalam makanan seperti sayur-sayuran, ikan, hati atau limpa. Jika seseorang wanita tidak dapat sumber makanan yang diperlukan untuk membina darah, sudah pasti dia akan mengalami masalah kurang darah. Masalah kekurangan sumber zat makanan berpunca daripada banyak faktor. Kemiskinan sesuatu keluarga menyebabkan mereka tidak mampu membeli makanan yang berzat untuk membina darah.
Faktor ini tidak semestinya menjadi satu alasan bagi kita di Malaysia kerana pada pendapat saya kebanyakan penduduk tidak begitu miskin. Jika miskin di segi kewangan atau harta benda, mereka masih juga mempunyai sebidang tanah di kawasan rumah yang boleh digunakan untuk bercucuk tanam seperti sayur-sayuran.
Untuk mencapai tujuan ini, penduduk khususnya kaum wanita perlu disedarkan, bagaimana pentingnya zat pemakanan bagi membina darah. Program pendidikan yang boleh menimbulkan kesedaran pentingnya pemakanan dalam kehidupan sehari-harian menerusi media cetak dan media elektronik, hanya sampai kepada orang terpelajar sahaja sedangkan mereka yang menjadi sasaran khususnya penduduk di kawasan pedalaman yang kerap mengalami masalah ini juga tidak mendapat mesejnya. Masalah pemakanan ini juga berpunca daripada pemilihan dan tabiat makan serta cara menyediakan makanan. Sesetengah orang tidak tahu memilih makanan yang mengandungi zat vitamin, manakala sesetengahnya pula disebabkan tabiat mereka. Makanan yang dipilih hanyalah yang kaya dengan zat protein dan zat logam tidak diutamakan langsung. Begitu juga dengan cara menyediakan makanan yang tidak betul boleh merosakkan beberapa jenis vitamin yang terkandung di dalamnya. Masalah kurang darah juga berpunca daripada kehamilan serta kelahiran yang kerap dan tidak teratur. Setiap kali seseorang wanita itu hamil dan melahirkan anak dia akan kehilangan darah. Kehilangan ini berlaku kerana bayi perlu membina darahnya sendiri. Tumpah darah juga tidak boleh dielakkan ketika seseorang itu bersalin. Kehilangan darah ini perlu diatasi selepas bersalin. Oleh itu penting setiap wanita yang sedang dalam proses pemulihan selepas bersalin mendapat sumber makanan yang berzat. Di samping itu perlu baginya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun untuk memberi peluang kepada badannya pulih. Dengan ini badannya dapat membina darah hingga ke tahap normal supaya pada kehamilan yang berikutnya dia tidak akan mengalami masalah berkaitan dengan kekurangan darah. Wanita yang kerap mengalami masalah keguguran juga akan mengalami masalah kehilangan darah. Sebaiknya sebelum hamil seseorang wanita perlu menentukan tahap darahnya normal menerusi ujian menyukat paras hemoglobin.
Masalah kurang darah juga disebabkan oleh beberapa penyakit terutamanya seperti malaria yang masih berlaku di kawasan pedalaman. Kuman malaria biasanya menyerang sel darah menyebabkan sel ini pecah dan musnah. Jika keadaan ini berlaku terus-menerus, sudah tentu pesakit itu akan mengalami masalah kurang darah. Jangkitan cacing yang kerap berlaku di kalangan penduduk di luar bandar khususnya di kalangan kanak-kanak dan wanita juga mempunyai kesan terhadap tahap kesihatan dan paras hemoglobin. Penyakit cacing kerap terdapat di kalangan penduduk di luar bandar khususnya cacing gelang dan cacing kait. Cacing ini boleh merampas makanan ynag dihadamkan dalam perut sebelum zat makanan ini diserapkan ke dalam darah. Dengan ini akan mengganggu tahap kesihatan dan pemakanan.
Cacing kait atau hookworm pula suka mencangkukkan dirinya pada dinding usus dan kemudianya berpindah ke tempat lain. Tempat yang telah ditinggalkannya itu akan berdarah. Jika beribu-ribu cacing ini berbuat demikian, nescaya seseorang yang dijangkiti cacing ini akan mengalami kehilangan banyak darah.
Biasanya, jika masalah kurang darah hanya sedikit, mungkin tidak ada sebarang tanda. Kekurangan darah itu hanya boleh dikesan setelah menjalani ujian hemoglobin ketika dia membuat pemeriksaan kehamilannya di klinik. Jika darahnya sangat berkurangan wanita itu kelihatan pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya. Jika dia membuat sesuatu pekerjaan yang memerlukan tenaga, wanita ini mungkin mengalami kesesakan nafas.
Selain daripada kematian akibat tumpah darah, masalah kurang darah yang teruk juga boleh membebankan jantung wanita. Ini boleh menyebabkan berlakunya lemah jantung. Dalam keadaan sederhana atau ringan, ibu yang sarat mengandung hanya akan mengalami rasa letih lesu serta kurang bertenaga.
Kesan pada bayi juga bergantung kepada tahap kurang darah ini sama ada ringan atau teruk. Jika kekurangan darah hanya sedikit sahaja, ia mungkin tidak membawa sebarang kesan kepada janin yang dikandungnya. Jika ibu dalam keadaan teruk, masalah kurang darah ini boleh menyebabkan beberapa gejala seperti keguguran, kematian jantina dalam rahim, bayi lahir tidak cukup bulan atau tidak cukup timbang beratnya. Akibatnya juga boleh berterusan selepas lahir seperti menjejaskan pertumbuhan otak yang akan memberi kesan perkembangan intelektual bayi.
Masalah kurang darah hanya boleh diatasi setelah kita mengetahui apakah puncanya. Oleh itu saya ingin menegaskan, setiap wanita perlu mendapat sumber pemakanan yang berzat khususnya zat protein, zat vitamin dan logam yang mencukupi. Wanita juga perlu mengurangkan zat karbohidrat. Setiap keluarga juga patut memberi keutamaan dari segi makanan kepada wanita yang sedang hamil. Program untuk menimbulkan kesedaran kepada penduduk luar bandar khususnya kaum wanita betapa pentingnya pemakanan bagi proses penzuriatan perlulah diperluaskan dan diperhebatkan. Tabiat memilih dan cara memasak makanan perlu diubahsuaikan supaya zat pemakanan dan segala vitaminnya dapat dikekal dan distabilkan. Wanita dalam peringkat umur kesuburan perlu digalakkan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang mengandungi vitamin. Wanita dan keluarga juga perlu diberi tunjuk ajar mengenai konsep penyusuan dan menjarakkan kehamilan untuk kesejahteraan dan kesihatan ibu dan bayi. Segala usaha untuk membasmi penyakit cacing dan demam malaria perlu dipertingkatkan. Masalah kecacingan ini boleh diatasi dengan amalan memakan ubat cacing yang sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

Rupanya kes ini hanya berlaku kepada kaum hawa...tapi ia jadi panduan kepada kita supaya stabilkan darah dalam badan.
 
MAHFAIRUZ:masih pening ketika taip artikel ini..

Khamis, 13 Mei 2010

Pengalaman sehelai sepinggang di Tanjung Batu, Kepulauan Riau, Indonesia

Kisah nie berlaku pada sekitar tahun 2005 ketika aku bertugas di Johor Bahru...Kejadian berlaku pada bulan puasa apabila aku mendapat panggilan daripada bos aku (ketua biro Johor Bahru) yang meminta aku ke Batam, Indonesia untuk menjejaki nelayan Malaysia yang berasal dari Pahang telah ditahan kerana menceroboh perairan negara itu.
 Aku diarahkan pergi ke sana selama sehari atau lebih tepat pergi pagi n balik petang. Masa tue aku bersama fotografer aku abg Zaini Husin...
Kami ingatkan pergi balik hari..so duit yang dibawa pun cukup-cukup makan jer..Aku sebenarnya tak yakin boleh pergi ke sana kerana untuk masuk ke sana perlu ada dokumen dari konsulat Indonesia kerana melibatkan tugas rasmi..so lepas beli tiket aku ngan fotografer naik feri..dalam feri tue aku bagitau kat abg Zaini supaya cancel kerana tak yakin..Tapi semangat abg Zaini lain..dia kata biar kita redah dan dapatkan orang yang kena tahan tue..dari situ aku baru faham keje reporter nie kena redah kalau nk dapatkan story eksklusif...Perjalanan memakan masa 3 jam dari jeti stulang laut, JB ke Jeti Batam, Indonesia.
 Apabila sampai di sana, aku hadapi masalah apabila aku bawa lensa panjang abg Zaini dan ditahan oleh pak Polisi..Dia kata ini bom ka aku jawab ini lensa pak..so aku panggil abg Zaini kerana Pak Polisi itu nak tengok body kamera yang memuatkan lensa tersebut.
 Fuh! nasib baik lepas kalau tak..bermalam aku kat lokap di sana..Selepas itu kami tunggu rakan sejawat yang bertugas di akhbar harian tempatan...Dengan keadaan perut lapar dan dahaga kami tunggu dekat 2 jam..
 Tunggu punya tunggu akhirnya reporter tersebut datang..so kami memberitahu tujuan kami ke sini..Dia kata kalau nak jumpa nelayan tue kena naik bot lain dan memakan masa hampir dua jam untuk sampai ke destinasi tersebut..
 Terkedu aku dengan abg Zaini..Duit cukup2 makan..baju da lah tak bawa..so fikir2 n call jb n kl..keputusan dibuat..kena redah juga walau apa pun terjadi...
 Malam itu kami buka puasa dengan hidangan nasi padang..kenyang beb tapi kena bayar 30,000 rupiah (macam orang kaya time tue hehehehehe)...Kemudian kami bermalam di rumah reporter tersebut sebelum memulakan perjalanan ke Tanjung Batu yang menempatkan tahanan nelayan terbabit..
Di pendekkan citer, aku sampai juga di Tanjung Batu..punya lah jauh...Sampai je tujuan pertama cari hotel bajet..aku kongsi dengan abg zaini...lepas tue cari tempat makan sebab waktu berbuka nak dekat..
Lepas buka puasa kitaorang terus lepak kat bilik..cuma nak tidur susah sebab dah seharian pakai baju yang sama...spender jangan cakap ler..da tukar side selalu..
 Keesokannya, aku dapat berjumpa dengan nelayan terbabit dan dengan cepat aku interview sorang-sorang dan mereka memberi kerjasama sepenuhnya.
 Selesai menghantar stori ke JB, aku da tak sabar nak balik JB..timbul masalah..feri yang sepatutnya bertolak ke Batam tak nak pergi kerana penumpang tak cukup..so aku ngan abg Zaini ambil keputusan ambil feri lain dan singgah ke Tanjung Balai..walaupun duit kami da berkurangan tapi tawakal agar dapat sampai ke JB..
 Dengan segala macam manusia yang duduk dalam feri yang kecil itu..aku berdoa agar feri tue tak terbalik..Bukan apa feri tue da la kecil, life jacket pun tarak..
 Naik kematu juga punggung aku kerana perjalanan dari Tanjung Batu ke Tanjung Balai memakan masa lebih 1 jam..
 Sampai je Tanjung Balai kami terus menempah tiket untuk pulang ke Kukup, Pontian...Aku rasa masa tue macam nak melompat jer dalam feri tue sebab tak sabar nak balik...bukan apa badan da berlengas, baju lak dah tiga hari berbau...
 Sebaik sahaja sampai di Jeti Kukup aku bagitau kat abg Zaini "saya rasa macam nak cium tanah nie bang sebab da risau takut tak boleh balik." abg Zaini gelak besar dan ayat tue menjadi modal pada dia setiap kali aku berjumpa kerana pengalaman tue memang tak dapat dilupakan.
 Apa yang penting sepanjang tiga hari kami di sana kami tetap berpuasa walaupun pelbagai dugaan dan godaan ketika itu.


MAHFAIRUZ:Ada satu rahsia antara aku ngan Abg Zaini yang kami simpan sampai kini..hehehehhe

Rabu, 12 Mei 2010

Thomas Cup: Malaysia perlu buktikan kemampuan

Ketika perlawanan antara pasukan Malaysia dengan Jepun, aku ketika itu sedang berlatih bola tampar di Taman Tasik Titiwangsa..
 Rakan sepasukanku setia update perkembangan terkini para pemain sampaikan kami termasuk aku mengeluh apabila mengetahui setiap pemain Malaysia tumbang oleh pasukan negara matahari terbit iaitu Jepun.
 Tak sangka pasukan yang kurang dikenali dalam arena badminton ini mampu membuat kejutan dengan menewaskan Malaysia 3-2! Latihan telah diberikan..tunggakan duit kemenangan telah dapat..apakah lagi kekurangan pasukan Malaysia dalam menghadapi kejohanan seperti ini.
 Ketika bersembang bersama rakan-rakan lain, bole buat kesimpulan Malaysia hanya mempunyai dua pemain yang bertaraf dunia manakala selebihnya kena berusaha lebih gigih untuk membawa kembali piala Thomas yang pernah dimenangi tahun 1992.
 Aku masih ingat lagi perlawanan tahun 1992 itu, aku berusia 13 tahun dan satu family menonton dengan penuh semangat..sampaikan berek polis yang aku duduk tue bergegar dengan sorakkan apabila pemain Malaysia melakukan smash kepada pihak lawan..
 Harap Malaysia buktikan kemampuan..ketepikan salah faham dan tingkatkan prestasi untuk merampas kembali piala Thomas di tanah air tercinta ini.


Mahfairuz: Malaysia Boleh!

Selasa, 11 Mei 2010

Warna memainkan peranan dalam kehidupan

Tajuk diatas mungkin semua orang sudah mengetahui tentang warna kegemaran masing-masing..Mungkin ada yang menyukai warna merah, kuning, biru, hijau, putih dan lain-lain..Tapi ada juga yang memberi gelaran pelbagai warna seperti warna kelabu asap..warna tahi tut tut..
 Bulan lalu, aku menghadiri satu kursus yang dianjurkan oleh majikan bagi meningkatkan tahap kecekapan pekerjanya dalam syarikat.
Mula-mula sekali perkara yang timbul kat kepala nie mesti boring sebab kalau kursus semua gerenti tidur..tapi kali nie aku pegi memang menarik..agak-agak rasa nak ngantuk terus penceramah tue buat game ke kuiz ke sebab tak nak bagi ngantuk..memang otai penceramah tue sebab tau waktu-waktu bila orang boleh boring!
 Berkaitan ngan warna...penceramah tue meminta semua peserta memberitahu warna masing-masing..so keluar la pelbagai warna yang diberikan oleh peserta termasuk aku.
 Baru aku tau bagaimana fungsi warna itu kepada seseorang dan bagaimana warna itu boleh diaplikasikan kepada individu, bos dan masyarakat sekitarnya.
 Warna merah itu apa fungsinya dan bagaimana warna merah boleh gabung dengan warna lain...
Rupanya dalam kehidupan seharian kita ini macam-macam warna boleh dilihat pada seseorang (walaupun orang tue warna kulit dia sama).
 Kalau tukar warna hijau mau jadi increble hulk..kalau jadi warna kuning, jadi maskot Digi pulak..kalau biru jadi maskot celcom..
 Oleh itu setiap warna ada fungsi dan peranan. Lebih penting akan melihat kepimpinan seseorang itu menggunakan warna dalam berbicara dan melaksanakan dengan penuh amanah.
Jadi gunakan warna kesukaan anda untuk kehidupan seharian..kalau hendak bertukar pun boleh cuma tengok masa dan keadaan.

Mahfairuz:Warna diraja favourite aku sebab dari sekolah rendah sampailah menengah aku pasukan warna itu hehehehehhe

Bola Tampar atau bola penampar?

Aku pada mulanya tak terlibat langsung dalam sukan bola tampar kerana kecenderungan aku lebih kepada Badminton..Segalanya bermula apabila cikgu sekolah menengah sedang mencari pemain bola tampar yang boleh spike...so aku cuba menawarkan diri dan secara tak sengaja aku dipilih kerana kepanjangan aku melompat dan menampar bola..
Dan bermula pada usia 15 tahun minat pada bola tampar terus mekar dan ia adalah sukan kedua selain badminton..
Bukan aku tak mahu main badminton lagi tapi sejak aku selalu smash n raket patah terus 'berehat' sekejap kerana raket kena beli baru..
Baru-baru ini, syarikat aku ada buat sukan antara jabatan dan aku sekali lagi bermain dalam sukan kegemaran itu.
Sejak aku masuk ke syarikat itu tahun 2002, aku rasa sudah tiga kali aku main bola tampar..memang seronok..bila dapat timing nak spike..aku spike sekuat hati..sama ada sangkut dekat jaring atau terlepas ke gelanggang lawan aku tak kisah janji aku tampar bola tu..
Sudah dua kali training bersama rakan-rakan dan bos aku....nak dapat balik langkah kerana permainan ini memerlukan kemahiran yang tinggi (padahal aku bermain taraf amatur jer)....



MahFairuz:Majulah sukan untuk syarikat...

Sabtu, 8 Mei 2010

Julai di Kuantan

1 Julai ini, aku bakal ditukarkan ke Kuantan, Pahang yang merupakan negeri pemimpin negara kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak..Pertukaran kali ini berbeza berbanding ketika aku ditukarkan ke Johor Bahru, Johor pada tahun 2004. Pada masa itu aku menjalankan tugas sebagai reporter cawangan sana..tugas reporter nie lebih kepada melapor dan menghadiri jemputan majlis-majlis tertentu sehinggalah kepada membuat liputan pemimpin negeri dan negara.
Kali ini pertukaran aku ke Kuantan agak lain..bukan sahaja menjadi reporter malah memangku tugas ketua biro jika tidak bekerja atau bercuti..Aku rasanya tidak yakin apabila diberitahu bos aku untuk ditukarkan ke sana..Bukan apa..pertukaran ke negeri-negeri yang merupakan negeri asal Perdana Menteri memerlukan seorang petugas yang cemerlang. Macam aku nie cemerlang ke ka Unit Suplemen Aku? Entah la tapi ia satu cabaran pada aku untuk membuktikan kemampuanku walaupun ramai yang berminat untuk ke sana..
Aku harap agar pertukaran ini akan memberi satu pengalaman dan cabaran pada aku untuk membuktikan yang aku bukan sahaja mampu menulis tetapi menjadi pemimpin yang sempoi pada rakan-rakan di sana.

MahFairuz: Berkhidmat untuk negara..

Layan Mann

Aku bukan nak kata bagus filem hindustan ni tapi sekarang filem2 bollywood dah macam kurang menyengat..tapi hari ini filem Mann..Filem masa aku study kat UPM dulu..memamg giler citer ni..sampaikan aku tengok berbelas kali rasa tak boring.
Tapi hari ini filem tue ditayangkan di TV3..Bukan apa filem nie dari segi lagu-lagunya memang best..lain pada filem hindustan yang lain.
Tentang Filem Bollywood ni mungkin kalangan kita (atau ada yang dah tau) sesetengah filem yang popular ketika era tahun 1990 masih lagi dtayangkan di pawagam-pawagan di India kerana kekuatan jalan citernya menarik bukan sahaja generasi lama tetapi generasi baru.
Kalau tak salah aku Filem yang masih kekal ditayangkan ialah filem Kuch Kuch Ho Tai..Filem gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol ini masih lagi ditayangkan dan menjadi kegemaran masyarakat di sana..Bayangkan da dekat 10 tahun masih ditayangkan..'
Filem kita setakat dua tiga bulan lepas tu kena cari CD..

Mahfairuz: Layan semua cerita...

Mempelajari dunia blog

Alhamdulillah..akhirnya aku memiliki blog sendiri untuk berkongsi cerita dan pengalaman bersama rakan-rakan media dan maya di luar sana..semoga coretan dan kisah-kisah yang dipaparkan nanti akan menjadi kenangan pada diriku yang naif ini..